Kenali Kolej Universiti Lincoln
Kolej Universti Lincoln (Lincoln University College, LUC) yang terletak di Petaling Jaya, Selangor merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency, MQA) serta mendapat anugerah dalam "Inovasi Dalam Pengajaran" daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Lawati laman web rasmi Kolej Universiti Lincoln untuk keterangan lanjut: http://www.lincoln.edu.my/
Pada masa ini, Kolej Universiti Lincoln menawarkan sebanyak 19 program pengajian yang merangkumi peringkat Pengajian Asasi hingga ke Peringkat PhD. Selain itu, Kolej ini juga turut menganjurkan pelbagai kursus singkat. Klik sini untuk maklumat lanjut program pengajian Kolej Universiti Lincoln.
Kolej Universiti Lincoln diterajui oleh pasukan pengurusan tertinggi yang berwibawa dan berpengalaman luas bukan sahaja di dalam bidang akademik, malahan juga di dalam profession-profession yang berkaitan dengan program-program yang terdapat di kolej ini. Klik sini untuk maklumat pengurusan Kolej universiti Lincoln.
Kolej Universiti Lincoln turut menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka antarabangsa seperti Lincoln university (US), University of London (UK), California State University (US), University of Hudersfield (UK) dan sebagainya.
Ramai pelajar pengajian tinggi memilih KUL kerana kolej ini mempunyai reputasi akademik yang cemerlang, kos pengajian yang rendah dan juga kedudukan yang berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur.
Dari segi struktur pengajian pula, Kolej Universiti Lincoln amat menekankan aspek praktikal dan kemahiran yang sentiasa ditambah baik melalui program penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Kaedah pengajian yang berorientasikan kemahiran industri ini memastikan agar setiap graduan Kolej Universiti Lincoln mempunyai peluang yang lebih luas berbanding pesaing lain untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat pengajian kelak. Graduan Kolej Universiti Lincoln akan dibentuk menjadi insan yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi berserta dengan kemahiran, malahan juga dibentuk sebagai insan yang dinamik, berintergriti dan siap sedia untuk menempuh alam pekerjaan.
Antara kemudahan yang disediakan oleh Kolej Universiti Lincoln ialah seperti;
- Pinjaman PTPTN disediakan. Pelajar baru akan dibantu sepenuhnya dalam proses permohonan pinjaman PTPTN
- Elaun bulanan untuk pelajar Program Diploma Sains Kesihatan
- Kemudahan pengangkutan (bas) disediakan
- Kediaman (asrama) yang dilengkapi kemudahan asas disediakan
- Pakaian seragam disediakan
